Seperti yang kita semua tahu, nabi amat menekankan kepentingan bersahur pada bulan puasa. Ia merupakan amalan penting di bulan Ramadhan. Ini dapat dilihat melalui hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslin, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud:
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan."
Rasulullah juga menyuruh uma Islam agar melewatkan sahur. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud:
"Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahut dan menyegerakan berbuka puasa."
Kenapa perlu lewatkan sahur?
Ia signifikan dan saintifik kerana menepati waktu bersarapan, iaitu pada awal pagi. Sarapan merupakan waktu yang paling penting dalam tempoh masa 24 jam. Bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Bagaimana pula dengan mereka yang mengabaikannya?
Dalam kajian Dr. Mrk Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan penyakit kencing manis. Bagi mereka yang bersarapan, mereka mempunyai risko 50% lebih rendah diserang penyakit ini.
Kajian yang dijalankan oleh Dr. Theresa Nicholas dari Kolej Perubatan Baylor pula mendapati mereka yang skip breakfast mempunyairisiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan boleh menyebabkan penyakit anaemia.
Kesimpulannya?
Bersahur tidak memudaratkan! Malah ia dikira sebagai ibadah kerana mengikut sunnah nabi dan waktu sahur juga merupakan waktu yang dipenuhi keberkatan.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 15-17:
"Katakanlah, 'Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya, Mereka juga dikurniakan ister-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah maha melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa, ya Tuhan kami sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan memohon ampun di waktu sahur'."
:: Dipetik dan diubahsuai daripada buku Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin.
* Jika blog ini membantu, jangan segan silu untuk cadangkan kepada kawan anda! Sampaikan ilmu walau sebaris ayat *
0 comments:
Post a Comment