Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Catatan oleh
Qatrunnada
comments (0)
Kali ni saya nak berkongsi tentang faedah puasa dan hormon endorphins. Sebelum ni saya dah share tentang amalan berpuasa dan kaitannya dengan kajian saintifik, tapi kali ni saya fokuskan kepada hormon endorphins.
Apa itu endorphins?
Hormon endorphins merupakan neuropeptides yang menghubungkan 3-40 asid amino yang akan menghasilkan neurotransmitter. Fungsi endorphins ialah sebagai penahan sakit dengan menyekat perembesan substance P (bahan yang menyebabkan rasa sakit), juga berperanan dalam proses pembelajaran dan memori selain mengawal suhu badan dan kesihatan mental. Kesan endorphins dapat disamakan dengan morphin (sejenis dadah berbahaya) kerana struktur kimia yang hampir sama.
Kaitan dengan puasa?
Kajian yang dilakukan oleh Komaki G. daripada Universiti Kyushu, Jepun mendapati paras endorphins meningkat selepas beberapa hari berpuasa. Peningkatan paras endorphins dalam darah ini menjadikan fikiran kita lebih fokus dan tenang serta damai.
Kerana itu bulan Ramadhan adalah waktu yang paling sesuai untuk kita menunaikan ibadah kerana minda kita lebih fokus dan tenang.
Catatan oleh
Qatrunnada
comments (0)
Seperti yang kita semua tahu, nabi amat menekankan kepentingan bersahur pada bulan puasa. Ia merupakan amalan penting di bulan Ramadhan. Ini dapat dilihat melalui hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslin, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud:
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan."
Rasulullah juga menyuruh uma Islam agar melewatkan sahur. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud:
"Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahut dan menyegerakan berbuka puasa."
Kenapa perlu lewatkan sahur?
Ia signifikan dan saintifik kerana menepati waktu bersarapan, iaitu pada awal pagi. Sarapan merupakan waktu yang paling penting dalam tempoh masa 24 jam. Bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Bagaimana pula dengan mereka yang mengabaikannya?
Dalam kajian Dr. Mrk Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan penyakit kencing manis. Bagi mereka yang bersarapan, mereka mempunyai risko 50% lebih rendah diserang penyakit ini.
Kajian yang dijalankan oleh Dr. Theresa Nicholas dari Kolej Perubatan Baylor pula mendapati mereka yang skip breakfast mempunyairisiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan boleh menyebabkan penyakit anaemia.
Kesimpulannya?
Bersahur tidak memudaratkan! Malah ia dikira sebagai ibadah kerana mengikut sunnah nabi dan waktu sahur juga merupakan waktu yang dipenuhi keberkatan.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 15-17:
"Katakanlah, 'Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya, Mereka juga dikurniakan ister-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah maha melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa, ya Tuhan kami sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan memohon ampun di waktu sahur'."
:: Dipetik dan diubahsuai daripada buku Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin.
* Jika blog ini membantu, jangan segan silu untuk cadangkan kepada kawan anda! Sampaikan ilmu walau sebaris ayat *
Catatan oleh
Qatrunnada
comments (0)
Tahukah anda puasa adalah cara rawatan tertua di dunia! Orang-orang terdahulu suka berpuasa. Hippocrates, Galen dan Paracelcius juga menjadikan puasa sebagai kaedah rawatan kepada pesakit-pesakit mereka! Plato, Socrates, Phytagoras dan Mahatma Gandhi juga selalu berpuasa!
Testimoni pesakit menunjukkan bahawa berpuasa dapat menyembuhkan penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur (insomnia), gangguan sistem penghadaman dan penyakit kulit.
"Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Para pengkaji berpendapat menjauhi makanan dan berpuasa adalah proses semulajadi ke arah kesembuhan. Puasa mencepatkan penyembuhan kerana secara umumnya bakteria memrlukan zat besi bagi bertindak, justeru dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya." - Dr. Cindy Engles (Ph.D)
"Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudaratkan. Sekiranya berlaku kematian semasa berpuasa, punca kematian daripada sebab-sebab lain selain puasa perlulah diterokai terlebih dahulu..." (Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)
"Walaupun puasa mempunyai risiko dan kesan sampingannya, namun berpuasa dengan tidak menjamah makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek adalah selamat." - Leon Chaitow (N.D., D.O., M.R.O.), pensyarah kanan University of Westminster, London. Dalam hal ini, puasa Ramadhan dikategorikan sebagai puasa jangka pendek, dan ia selamat dan tidak memudaratkan.
Namun begitu, pengecualian berpuasa boleh diberikan kepada mereka yang mengidap penyakit serius dan kronik seperti sakit jantung, buah pinggang, migrain yang serius, batu karang, dll. Islam tidak membebankan ummatnya. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud:
"Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir (maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain."
:: Dipetik dan diubahsuai daripada buku Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin.
Testimoni pesakit menunjukkan bahawa berpuasa dapat menyembuhkan penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur (insomnia), gangguan sistem penghadaman dan penyakit kulit.
"Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Para pengkaji berpendapat menjauhi makanan dan berpuasa adalah proses semulajadi ke arah kesembuhan. Puasa mencepatkan penyembuhan kerana secara umumnya bakteria memrlukan zat besi bagi bertindak, justeru dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya." - Dr. Cindy Engles (Ph.D)
"Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudaratkan. Sekiranya berlaku kematian semasa berpuasa, punca kematian daripada sebab-sebab lain selain puasa perlulah diterokai terlebih dahulu..." (Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)
"Walaupun puasa mempunyai risiko dan kesan sampingannya, namun berpuasa dengan tidak menjamah makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek adalah selamat." - Leon Chaitow (N.D., D.O., M.R.O.), pensyarah kanan University of Westminster, London. Dalam hal ini, puasa Ramadhan dikategorikan sebagai puasa jangka pendek, dan ia selamat dan tidak memudaratkan.
Namun begitu, pengecualian berpuasa boleh diberikan kepada mereka yang mengidap penyakit serius dan kronik seperti sakit jantung, buah pinggang, migrain yang serius, batu karang, dll. Islam tidak membebankan ummatnya. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud:
"Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir (maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain."
:: Dipetik dan diubahsuai daripada buku Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin.
* Jika blog ini membantu, jangan segan silu untuk cadangkan kepada kawan anda! Sampaikan ilmu walau sebaris ayat *
Catatan oleh
Qatrunnada
comments (0)
Alhamdulillah kita sudah semakin hampir memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Sudahkah anda bersedia?
Allah S. W. T. berfirman dalan Surah Al-Bawarah ayat 183 yang bermaksud:
"Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana ke atas mereka yang sebelum-mu semoga kamu bertaqwa."
Baiklah sempena kedatangan bulan mulia ini, mari kita tinjau hikmah berpuasa daripada sudut sains. Tentu banyak rahsia disebalik amalan berpuasa ni. Ok mari kita lihatkesan berpuasa terhadap kesihatan.
Berpuasa adalah menyihatkan! Kajian yang dibuat oleh Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman (1984) menggunakan parameter hormon cortisol, testosterone, electrolyte sodium, potassium, urea, glucose, cholesterol dan fatty acid.
Dr. F. Azizi dari Universiti Sains Perubatan Tehran pula mengukur kadar glucose, bilirubin, calcium, phosphorus, protein, albumin, follicle stimulating hormone (FSH), thyroxine stimulating hormone (TSH), thyroxine-4, thyroxine-3, testosterone, prolactin dan luteinising hormone (LH).
Keputusannya?
- Paras gula dalam darah (glucose) turun ke paras yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan.
- Kadar kolesterol 'jahat' atau low-density lipoprotein (LDL) menurun dan kadar kolesterol 'baik' atau high-density lipoprotein (HDL) meningkat.
- Paras lemak dalam darah (triglyceride) dan kolesterol dalam darah menurun.
- Berpuasa mencegah serangan penyakit metabolisme yang disebabkan oleh kadar gula dan lemak dalam darah yang tinggi.
Sebenarnya terdapat banyak lagi manfaat berpuasa terhadap kesihatan manusia. Saya akan kongsikan dengan anda dari semasa ke semasa.
* Jika blog ini membantu, jangan segan silu untuk cadangkan kepada kawan anda! Sampaikan ilmu walau sebaris ayat *


