Di akhir zaman ini banyak jenis penyakit timbul, dan kebanyakannya berpunca daripada perut! "Perut adalah ibu segala penyakit" Perut dikiaskan sebagai makanan. Rasulullah sering mengingatkan umat Islam berkenaan bahaya perut supaya kita berwaspada dengan ancamannya.
Berikut merupakan adab makan menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin.
Adab sebelum makan:
- Pastikan makanan daripada sumber Halal.
- Membasuh tangan.
- Meletakkan makanan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai. Namun, di atas meja juga dibenarkan.
- Duduk dengan betul.
- Niat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.
- Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur.
- Berusaha supaya tidak makan seorang diri, tetapi bersama-sama orang lain.
Adab ketika makan:
- Membaca bismullah dan doa.
- Makan dengan tangan kanan.
- Kunyah dengan baik.
- jangan mencaci makanan.
- Jamah makanan yang terdekat, kecuali buah-buahan.
- Jangan hembus nafas di atas makanan panas.
- Jangan makan berlebihan.
- Apabila terpaksa minum air, pastikan sedikit sahaja kecuali sekiranya perlu.
Adab selepas makan:
- Berhenti sebelum kenyang.
- Menjilat jari.
- Membasuh tangan.
- Berdoa.
- Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi atau flossing.
- Bersyukur kepada Allah.
- Beristighfar supaya diampunkan Allah andai kata terdapat unsur-unsur syubhah dalam makanan itu.
Islam itu telah memberi panduan hidup kepada umatnya. Ianya mudah dan ringkas.
* Jika blog ini membantu, jangan segan silu untuk cadangkan kepada kawan anda! Sampaikan ilmu walau sebaris ayat *
0 comments:
Post a Comment