Hadis berkenaan 15 Ramadhan palsu






Pernah tak anda terbaca artikel mcm ni kat internet atau kat mana saja?


Cuba tengok kalendar 2012..1 ramadhan tahun 2012 jatuh pd 20 Julai (Jumaat), jd 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan (Jumaat)..sama dgn satu hadis nabi SAW tentang huru hara besar yg akan terjadi pd tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yg akan mengejutkan semua orang yg sedang tidur.. satu suara yg amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan 2/3 umat manusia di bumi ini, yg tinggal hanya 1/3 saahaja.

Menurut kajian NASA, pd 21/12/2012 satu planet yg dikenali sebagai Planet X akan melintasi bumi. Adakah kita akan tergolong dalam 1/3 itu?

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa."


Apa pendapat anda lepas baca hadis ni? takut? terkejut? atau buat tak kisah je?

Hadis ni boleh buat sesiapa saja yg membacanya rasa gentar dan takut..yelah, bila tengok kalendar 2012, betul la 15 Ramadhan hari Jumaat..tambah pulak dgn propaganda kiamat 21/12/2012..alamak! macam mana ni??

Eh! kejap....betul ke hadis ni? sahih ke?

Ok setelah research dijalankan dgn tekunnya, rupa-rupanya hadis ini adalah PALSU ! jgn tertipu dgn kehadiran hadis lemah/palsu ni..

Kenapa?

Hadis ini dikeluarkan oleh Nu'ain bin Hammad di dalam kitab al-Fitan daripada Ibn Mas'ud R.A. Di dalam sanadnya ada Ibn Lahi'ah, dan dia juga seorang yg lemah/daif. Di dalam sanadnya juga ada 'Abd al-Wahhab bin Husain, dan dia seorang majhul (tidak dikenali) seperti yg dinyatakan oleh al-Hakim dan Ibn Hajar. Ada juga di dalam sanadnya rawi bernama Muhammad bin Thabit al-Banani, beliau tergolong dalam individu yg ditajrihkan dan dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn 'Adiy. Di dalamnya juga ada al-Harith al-A'war al-Hamdaniy, dia termasuk pendusta hadith seperti yg dijelaskan oleh al-Syaibiy, Abu Hatim dan Ibn al-Madiniy. Abu Zur'ah pula berkata: "Tidak dijadikan hujjah dengan hadithnya."

sumber: Islamonline.net

Ramai ahli ilmu yg menyatakan hadith yg diriwayatkan oleh Nu'aim bin Hammad dalam Musonnifnya tentang kisah akhir zaman adalah munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dlm kitab Siar A'lam Nubala'; "Tidak boleh seseorang pun berhujjah dgn hadith Nu'aim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dgn mendatangkan keajaiban-keajaiban dan banyak yg dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yg dikenali kerana berpegang dgn kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari orang-orang yg tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut al-Hakim dalam Lisanul Mizan dalah orang yg tidak diketahui (majhul).

sumber: jawapan daripada JAKIM dan BudakIslam.com


Jadi terjawab sudah hadith tu palsu dan tak boleh digunakan untuk berhujjah..jadi kepada sesiapa yg percaya hadith ni, bertaubatlah segera..


Tapi macam mana pulak dgn Planet X tu?

Planet X atau Planet Niburu yg dikatakan akan melanggar (ada yg kata melintasi orbit) bumi pd 2012 juga merupakan satu pembohongan dan takkan berlaku..ini cuma kisah dongeng kaum Sumeria pd zaman dahulu dan tidak lebih daripada pengakhiran kitaran kalendar kaum Maya dahulu kala..asalnya planet ni dijangka akan melanggar bumi pd tahun 2003, tapi ia tak berlaku dan tarikhnya ditukar kepada Disember 2012..


Planet X tu wujud ke?

Sebenarnya Planet X/Nibiru ni tak wujud pun! kalau ia benar wujud, para saintis dan ahli astronomi tentu sudah dapat mengesan kehadirannya sekurang-kurangnya sedekad lalu dan jika dikatakan planet ini akan melanggar bumi pd 2012, sepatutnya sekarang ni planet tu dah dapat dilihat di langit dgn mata kasar..tp hakikatnya semua itu tak berlaku..


Teori lain kiamat 2012?

Ada teori lain yg mengatakan kiamat berlaku pd 2012, iaitu berlakunya jajaran galaksi (planetary alignments) di mana bumi, matahari dan planet-planet lain berada pd garisan lurus Galactic Plane yg sejajar dgn titik pusat galaksi..fenomena ini berlaku setiap 5,125 tahun dan tidak akan berlaku pd 2012..

Sumber: www.nasa.gov

Tapi, walau sehebat mana pun sains kita meramal, jika Allah berkata jadi, maka jadilah..tiada siapa yg dapat melawan ketentuan daripada-Nya..



Allah berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 187 yg bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hari kiamat, 'Bilakah masa datangnya?' Katakan, 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanya ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia."

0 comments:

Post a Comment